|
|
Kawan ?
21 May 2013 | 10:14 AM | 0 comments
![]()
Kawan bukan untuk sehari dua , bukan untuk seminggu , bukan untuk sebulan , bukan untuk 365 hari tapi kawan untuk selamanya sehingga ke akhir hayat . Woaaaaa mendalam gitu .
Kawan ni antara bahagia penting dalam diri seseorang kan ? Haaaaaaaa sape yang cakap tak tu ? Hai kau pergi duduk planet Pluto sana !
Akrabnya seorang kawan tu umpama terdapatnya ikatan kekeluargaan gitu . Kejap! Apasal gramatis ayat aku ni ? Haha . Adatlah dalam persahabatan ada gaduhkan ? Nanti mulalah babak pujuk memujuk tak kurangnya dengan ego masing-2 dengan buat xtaw je . Dalam persahabatan mestilah ada sifat toleransi , jujur , saling memahami baru namanya sahabat sejati sentiasa dihati . Hm , tapi tak kurang enak jugak dalam persahabatan bila ada kawan kite berjumpa dengan kawan baru haaaaaaa mulalah lupa kawan lama . Yang ni sedih bile kawan tu senang sama-2 susah kite sorang-2 , ni namanya bukan kawan ye ! Pastu yang ni lagi aku anti tahap gaban bile kawan kite lebihkan 'kekasih hati' berbandingkan kite kawan dia yang dah kenal lebih lama dari dia kenal 'kekasih hati' dia tu . Sanggup jaga hati 'kekasih hati' tapi hati kawan sendiri kau tak amek peduli . Pentingkan 'kekasih hati' dari kawan sendiri dengan alasan nanti gaduh takot putus lah apa lah .
Sikit nasihat untuk kawan yang macam ni . Kau akan rasa menyesal satu hari sebab kau mengabaikan kawan kau . Bile nak rasa menyesalnya tu ? Bila 'kekasih hati' kau tu buat hal seperti curang dengan kau atau lebih best bila kau dengan 'kekasih hati' tu putus . Masa tu lah kau baru terhegeh2 nak carik kawan kau kalau tak mana lah kau nak ingat kawan kau . Kawan sejati kawan yang sentiasa ada untuk kawannya pada waktu susah dan senang :) kawan yang sentiasa bagi sokongan dorongan pada setiap masa dan seterusnya ....... Dengan kesempatan ini aku nak ucapkan terima kasih kepada kawan aku yang banyak mengajar aku ertinya 'PERSAHABATAN' Hargailah kawan anda dan janganlah sia-siakan hubungan ukhuwah persahabatan yang terjalin . Niatlah dalam menjalinkan ukhuwah persahabatan kerana Allah Ta'ala semoga ukhuwah tu terjalin dengan redhaNya :) |